Laman Web Rasmi PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI PAHANG

Objektif, Visi dan Misi

Objektif dan Tanggungjawab (seperti yang termaktub di dalam enakmen penubuhan:

Bagi memajukan pembangunan perusahaan pertanian termasuk penanaman padi di kawasan-kawasan dalam Negeri Pahang yang ditetapkan bagi maksud ini;
Bagi menjalankan segala usaha-usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan membantu agensi-agensi lain di dalam memajukan pembangunan perusahaan pertanian termasuk penanaman padi; dan
Bagi membuat semua perkara-perkara lain dan benda-benda yang mustahak bagi menjalankan atau melakukan segala atau sebarang tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan Lembaga.

Visi dan Misi

Visi PKPP - Menjadi peneraju bagi Kerajaan Negeri di dalam bidang perusahaan pertanian serta bidang-bidang lain di dalam memacu Negeri Pahang menjadi Negeri Maju menjelang tahun 2020.
Misi PKPP - Menjadi agensi yang dinamik dan progresif melalui penglibatan di dalam aktiviti-aktiviti yang produktif, berdaya saing dan menguntungkan.