Laman Web Rasmi PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN NEGERI PAHANG

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia

  • Melaksanakan urusan Pentadbiran harian Lembaga dengan baik dan memuaskan pelanggan
  • Menyediakan ruang bekerja yang selesa dan memuaskan untuk semua kakitangan
  • Memastikan keadaan kebersihan perabot dan sekitarnya berada di dalam keadaan yang baik pada setiap masa
  • Memastikan perkhidmatan sokongan tersedia pada bila-bila masa yang diperlukan
  • Memastikan sebarang pertanyaan dan aduan diambil tindakan dalam masa 24 jam
  • Menyimpan rekod-rekod maklumat kakitangan yang kemaskini dari masa ke semasa dan dapat memaklumkan maklumat yang dikehendaki dalam masa 30 minit

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Projek

  • Laporan kemajuan maklumat ladang-ladang LKPP yang diuruskan oleh syarikat-syarikat anak dikeluarkan 3 bulan sekali pada akhir bulan berikutnya
  • Lawatan pengesanan akan dibuat ke atas ladang-ladang LKPP setahun sekali
  • Memberi perkhidmatan terbaik berhubung sistem sistem maklumat berkomputer yang terkini selaras dengan keperluan dan polisi dasar PKPP
  • Menyerahkan hakmilik kepada pembeli-pembeli lot jualan dalam masa sebulan selepas keseluruhan pembayaran selesai
  • Menyediakan maklumat terkini mengenai tanah PKPP dari semasa ke semasa
  • Menguruskan cukai tanah tahunan PKPP sebelum 31 Mei, setiap tahun

Bahagian Kewangan

  • Mengurus dan mengendalikan kewangan PKPP dengan jujur, amanah dan cekap
  • Menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan ceria selalu
  • Memastikan semua perbelanjaan Lembaga dan bayaran yang perlu dibuat adalah menurut undang-undang pertubuhannya dan menurut keputusan Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa
  • Merekod dan menyimpan dengan selamat semua surat menyurat, inbois, bil atau tunturan yang diterima oleh Bahagian Kewangan dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya
  • Membuat bayaran ke atas bil/inbois yang telah matang dan disahkan dalam masa 5 hari bekerja
  • Membuat bayaran ke atas elaun perjalanan pegawai-pegawai LKPP tidak lewat daripada 30 hari selepas Bahagian Kewangan menerima borang tuntutan berkenaan
  • Memberi perkhidmatan sokongan secara mesra, depat dan cekap dalam aspek khidmat pengurusan kewangan dan khidmat-khidmat lain yang berkaitan dengan Bahagian Kewangan

Bahagian Pembangunan Projek Sosial

  • Menjalankan kerja-kerja berkaitan dengan pentadbiran bahagian termasuk urusan disiplin kakitangan, kebajikan kakitangan, permohonan peralatan, cuti, kursus kelulusan kewangan/belanjawan dan perhubungan awam dengan amanah, cekap, cepat, cermat dan mesra
  • Menjalankan kerja-kerja memproses, menyemak dan mengesahkan semua tuntutan bayaran dalam masa satu minggu sebelum dihantar untuk menjelaskan bayaran
  • Memproses borang permohonan bagi urusan pindahmilik dalam masa tujuh hari
  • Menyelesaikan pindahmilik tanah/saham daripada peserta asal kepada pewaris dalam masa satu bulan
  • Menyerahkan geran kepada peserta yang jelas hutangnya dalam tempoh satu bulan